“Saya nak kahwin, tapi duit tak cukup…”
Kalau itu yang bermain dalam kepala anda, kelas ini adalah untuk anda.
Kelas Cukup Duit Kahwin bukan tentang jadi stabil dulu baru kahwin.
Kelas ini tentang menyusun kewangan dengan bijak, ikut keperluan dan kemampuan kita hari ini, bukan ikut trend atau tekanan orang luar.
Dalam kelas ini, anda akan belajar:
- Berapa jumlah duit yang realistik dan minimum untuk mula kahwin
- Bagaimana nak susun kewangan ikut keutamaan sebelum & selepas nikah
- Apa yang penting, dan apa yang hanya membazir ikut trend
- Panduan bajet untuk pasangan baru: rumah, kenduri, barang hantaran, nafkah, simpanan kecemasan
- Macam mana nak berbincang tentang duit dengan pasangan secara matang dan terbuka
Siapa yang patut join?
- Anda yang dah nak kahwin tapi duit selalu tak cukup
- Anda yang takut pasangan atau keluarga tak faham realiti kewangan
- Anda yang nak rancang perkahwinan ikut kemampuan sebenar, bukan ikut media sosial
- Anda yang nak jadi suami/isteri yang matang dan bertanggungjawab dari awal
Kelas Cukup Duit Kahwin
Tarikh & Masa: Tengok di kalendar
Tempat: Google Meet
Yuran: RM39
Tiada rakaman. Tiada refund.
Bonus: Dapat FREE Ebook Jodoh Checklist kalau hadir sampai habis.
Jom kita belajar!
Nota: Jika tiada tarikh yang available, bermakna slot sudah penuh. Mohon check tarikh sebelum booking.